TENTANG KAMI

PENGENALAN 
Gerai Makan King Umai Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 29 Jun 2009 atas perniagaan rakan kongsi milik kepada Cik Noor Rohaya dan Encik Edwat yang beroperasi di pusat gerai makan Topsport yang terletak di Jalan Bukit Mata Kuching.

Pada mulanya, kami telah menjalankan perniagaan umai kami ini dengan menggunakan nama perniagaan, ‘Umai Kamek’, di mana pada masa itu kami hanya memasarkan produk makanan umai kami ini secara kecil-kecilan iaitu, dari rumah ke rumah dengan mengikut tempahan para pelanggan. Umumnya, tempahan makanan umai kami ini paling banyak dibuat oleh para pelanggan pada majlis hari perkahwinan dan kenduri.

Namun, kami berasa syukur atas berkat dan usaha terus dalam menjalankan perniagaan makanan umai kami ini biarpun pada awal perlaksanaannya kami mengalami banyak kegagalan sehinggalah pada hari ini kami mampu untuk membuka perniagaan kami dengan lebih luas dengan membuat ‘rebranding’ atas nama perniagaan kami iaitu, King Umai Sarawak.


PEMILIK GERAI MAKAN RAKAN KONGSI KING UMAI SARAWAK
Pemilik A
Nama: Noor Rohaya Binti Borhan
Jantina: Perempuan
Umur: 20 Tahun
Bangsa: Iban
Agama: Islam

Pemilik B
Nama: Edwat
Jantina: Lelaki
Umur: 28 Tahun
Bangsa: Iban
Agama: Kristian






                               MISI

Mengoptima penghasilan produk makanan dan minuman yang bermutu berasaskan bahan mentah dari keluaran para nelayan tradisional tempatan menerusi aplikasi teknologi pengeluaran yang lestari.






                                                          VISI : ~
Menjadi syarikat pengeluar produk makanan dan minuman
berasaskan bahan mentah
kehidupan laut yang ulung progresif serta berdaya saing di pasaran tempatan dan luar negara menjelang 2015.
 





OBJEKTIF:~

  • Menambah pendapatan nelayan dan perniaga-perniaga kecilan.
  • Mewujudkan industri pemprosesan produk hiliran dan tambah nilai kepada hasil nelayan tempatan.
  • Menjadi alternatif penyelesaian kepada masalah hasil produk tempatan .
  • Memperkembangkan lagi perniagaan Syarikat King Umai Sarawak bagi meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.



MATLAMAT SYARIKAT : ~


  1. Mengoptima pemprosesan bahan mentah yang masih  segar yang dikeluarkan dari tangkapan nelayan tempatan kepada produk  tambah nilai makanan dan minuman.

  2. Menambah pendapatan nelayan menerusi pasaran hasil perniaga yang sistematik dan konsisten.

  3. Mengharmoni hubungan antara nelayan, pengeluar dan pengguna.

  4. Menggerakkan nelayan kearah pertanian moden serta berskala komersial.

  5. Memajukan/meningkatkan teknologi pengeluaran yang menepati piawai dalam dan luar negara.

  6. Mengekalkan pengeluaran produk yang bermutu, inovatif, kos efisen dan berdaya saing.

  7. Membantu mewujudkan industri hiliran berasaskan hasil sampingan industri elayan tempatan.

























No comments:

Post a Comment