Thursday, October 3, 2013

UMAI | OBOR-OBOR


Bahan-bahan yang diperlukan:-
  1. Segenggam obor-obor masin
  2. 2 biji cili merah (dihiris nipis)
  3. 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  4. 1 bawang merah (dihiris nipis)
  5. 1 sudu serbuk kacang tanah (telah digoreng dan ditumbuk)
  6. 5 biji limau kasturi
  7. 1 cm halia (dihiris nipis)
  8. Secubit ajinomoto dan tambahkan sedikit gula
Cara penyediaannya:- 
  1. Mula-mula rendamkan obor-obor terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa masinnya selama beberapa jam.
  2. kemudian toskan dan hiriskan obor-obor (sepanjang 1 inci)
  3. Langkah seterusnya potong dan perahkan limau kasturi,serta gaulkan sekali gus digaul sama dengan obor-obor.
  4. Selepas itu, masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi (bawang besar, bawang merah, halia dan cili)
  5. Jadi masukkan kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk.
  6. Serta gaulkan sehingga sebati, tambahkan ajinomoto dan gula secukupnya.
  7. Hidangkan. lebih enak apabila di simpan di dalam peti ais. yummmee''''

1 comment: