Thursday, October 3, 2013

UMAI | IKAN YU


Bahan-bahan yang diperlukan:-
  1. Isi ikan yu dihiris
  2. Perahan air limau kasturi
  3. Bawang bakong dihiris halus
  4. Cili merah dihiris halus
  5. Kacang tanah dikisar
  6. Garam secukup rasa
Cara penyediaanya:-
  1. Bersihkan ikan yu dan dihiriskan.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan cili merah, bawang bakong, kacang tanah, garam secukupnya rasa dan perahan air limau kasturi.
  3. Gaulkan sehingga rata.
  4. Biarkan seketika campuran tadi pada suhu bilik. Bukan dalam peti sejuk.
  5. Bila keluar air seperti air susu, maknanya umai sudah siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment